Selangor berjaya mengesahkan slot ke pusingan seterusnya selepas dinobatkan selaku juara Kumpulan D, Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2025 Bukit Serindit, Melaka, hari ini.
The Red Giants dibarisi rata-rata pemain muda, namun berjaya bawa momentum kemenangan semalam untuk mengatasi PDRM dalam pertarungan tiga set.
PDRM yang dibarisi Shahalril Aimin, Shahalril Aiman dan Zulkifli Razak jelas kurang keserasian dalam set pertama, sebelum aksi kejar mengejar dengan kedua dua trio saling mengkutip mata demi mata sebelum Selangor berjaya mengapai 'match point' terlebih dahulu.