Deportivo Alaves, dalam satu kiriman media sosial malam tadi, berkongsi mengenai statistik luar biasa pertahanannya, Facundo Garces, hanya dalam tempoh setengah musim sejak menyertai kelab itu.
Ia mengenai beberapa rekod purata yang dipecahkan pertahanan warisan Harimau Malaya itu dalam saingan LaLiga.
Dalam hanya setengah musim, Garces telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan dengan mengatasi beberapa rekod purata per perlawanan dalam saingan liga divisyen utama Sepanyol itu.
Garces mencatatkan purata 0.7 hadangan percubaan tepat bagi setiap perlawanan, lebih tinggi berbanding purata LaLiga iaitu 0.5.
Selain itu, dia juga merekodkan 6.2 pengeluaran bola daripada kawasan bahaya, berbanding purata 4 dalam pertandingan berkenaan.
Daripada segi kekuatan fizikal dan kawalan di udara, Garces mencatatkan purata 2.4 kemenangan duel di udara bagi setiap perlawanan, melebihi purata liga sebanyak 1.8.
Sehingga kini, pemain kelahiran Santa Fe, Argentina itu telah beraksi sebanyak 676 minit sejak menyertai Alaves pada Ogos tahun lalu, sekali gus membuktikan impak besar yang dibawanya dalam tempoh singkat.

ยกEn sรณlo media temporada, Facundo Garcรฉs supera varios ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐/๐๐๐๐๐๐ ๐ de @LaLiga!
โ Deportivo Alavรฉs (@Alaves) June 23, 2025
โ ๐ฌ,๐ณ ๐ฟ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฒ๐ ๐ฏ๐น๐ผ๐พ๐๐ฒ๐ฎ๐ฑ๐ผ๐ (0,5)
โ๏ธ ๐ฒ,๐ฎ ๐ฑ๐ฒ๐๐ฝ๐ฒ๐ท๐ฒ๐ (4)
โ๏ธ ๐ฎ,๐ฐ ๐ฑ๐๐ฒ๐น๐ผ๐ ๐ฎ๐ฒฬ๐ฟ๐ฒ๐ผ๐ (1,8)
โฑ๏ธ ๐ฒ๐ณ๐ฒ ๐บ๐ถ๐ป๐๐๐ผ๐#LALIGAHighlights#DatosDA ๐โฆ pic.twitter.com/bYQb4HxE92